BANTUAN BAKTI NEGARA

BANTUAN BAKTI NEGARA

More »

PERASMIAN AGM KE-92 DI THE ROYALE CHULAN KL

PERASMIAN AGM KE-92 DI THE ROYALE CHULAN KL

More »

PENYERAHAN KUIH RAYA KEPADA SRIKANDI

PENYERAHAN KUIH RAYA KEPADA SRIKANDI

More »

PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI RAYA KEPADA ATM 2017

PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI RAYA KEPADA ATM 2017

More »

PERHIMPUNAN 1PESARA DI MAEPS PADA 15/7/2017

PERHIMPUNAN 1PESARA DI MAEPS PADA 15/7/2017

More »

 

BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)

PERMOHONAN BBN BOLEH DIBUAT MULAI 31 JULAI 2017 HINGGA 31 OKTOBER 2017 (tertakluk kepada pindaan dan pemakluman rasmi dari semasa ke semasa).

Sila ke laman web http://bbn.jhev.gov.my atau klik di sini untuk keterangan lanjut.

Terdapat 2 borang yang perlu diisi (BORANG PERMOHONAN BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN) VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN & BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN). Klik borang-borang tersebut.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan boleh dihantar ke kaunter-kaunter berikut;

a. Ibu Pejabat JHEV.
b. Pejabat JHEV Cawangan Negeri.
c. Pejabat Persatuan-Persatuan Veteran ATM

Nota: Penghantaran secara faks dan e-mail tidak akan diterima.

Klik di sini untuk SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)

PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN DI TAMAN LTAT DI ATAS LOT PT 5321, 5322 & 5323 BUKIT JALIL, MUKIM PETALING, KUALA LUMPUR DI BAWAH LTAT

LTAT kini sedang giat membangunkan secara berperingkat projek perumahan rumah mampu milik LTAT/PPA1M yang mana terletak di kawasan yang sangat strategik dan mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Pembangunan ini merupakan kesinambungan daripada projek perumahan kos rendah, kos sederhana dan kos sederhana rendah yang telah dibangunkan pada tahun 2006.

Perasmian Majlis Pecah Tanah bagi pembangunan projek rumah mampu milik LTAT/PPA1M Taman LTAT, Bukit Jalil telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertahanan Malaysia pada 20 Sep 2016 di Taman LTAT, Bukit Jalil dan dijangka siap pada penghujung tahun 2018.

Fasa pembangunan Projek Taman LTAT ini melibatkan pembinaan 2,000 unit rumah pangsapuri mampu milik/PPA1M (parcel 2C), 408 unit rumah pangsapuri mampu milik/PP1M (parcel 5) dan 580 unit bagi rumah pangsapuri mampu milik PPA1M (parcel 3A). Warga ATM dan Veteran yang berminat boleh menghubungi di alamat seperti tertera di bawah atau membuat pendaftaran secara atas talian di laman sesawang www.pphm.com.my atau hadir sendiri ke pejabat PPHM bagi mendapatkan borang permohonan seperti di alamat berikut:

Perbadanan Pewira Harta Malaysia
Tingkat 9, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang
55100 KUALA LUMPUR
Tel: 03-21426122
Faks: 03-21410832

Permohonan bagi rumah mampu milik LTAT/PPA1M yang dibina ini adalah berkongsepkan PRIMA dan tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang terlibat.

2C(PPA1M) 4 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (38 Tingkat) – 200 unit. Keluasan 850kps harga seunit RM 199,750.

5(PPA1M) 1 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (27 Tingkat) – 408 unit. Keluasan 1,000kps harga seunit RM 239,000.

3A(PPA1M) 2 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (19 Tingkat) – 296 unit. Keluasan 1,140kps harga seunit RM 277,020.

3A(PPA1M) 2 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (19 Tingkat) – 284 unit. Keluasan 1,200kps harga seunit RM 291,600.

JAWATAN KOSONG

Adalah dimalumkan, Pinehill Pacific Berhad telah menawarkan beberapa jawatan kosong kepada Veteran-Veteran ATM bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

a. Pemandu Peribadi.
b. Pengawal Peribadi.
c. Pengawal Keselamatan.

Syarat-syarat kelayakan bagi memenuhi salah satu jawatan kosong di atas adalah seperti berikut:

a. Minima 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
b. Disiplin kerja dan kehadiran yang baik.
c. Sanggup kerja lebih masa/hujung minggu.
d. Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik.
e. Calon daripada Kajang, Puchong, Seri Kembangan, Petaling Jaya atau kawasan sekitarnya diutamakan.
f. Mahir berkaitan arah jalan dan destinasi.
g. Calon pemandu mesti memiliki lessen memandu (Kelas D) dan mahir kawasan Lembah Klang dan Selangor.

Kepada Veteran-Veteran ATM yang berminat, boleh menghubungi Puan Faridah/Puan Azitah di talian 03-89470222 atau 012-3355958 atau emelkan permohonan anda kepada faridah@pinepac.com.my dengan menyertakan resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.

PINDAAN NAMA ANUGERAH KCEMERLANGAN PENDIDIKAN LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

Adalah dimaklumkan bahawa, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Lembaga Tabung Angkatan Tentera – Yayasan Warisan Perajurit (AKP LTAT – YWP) telah ditukar nama kepada Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Lembaga Tabung Angkatan Tentera – Yayasan LTAT (AKP LTAT – YLTAT) berkuatkuasa mulai 10 Ogos 2016. Sekian, untuk makluman semua.